Friday 25 December 2009

PROJEK PERTANIAN MODEN, AYER HITAM, JOHOR



Hari ini saya bersama keluarga pergi mengunjungi Projek Pertanian Moden Ayer Hitam. Hajat kami ialah untuk melihat perkembangan dan kemajuan bidang pertanian. Dalam bayangan kami apabila disebut pertanian moden, sudah tentu pertanian itu menggunakan amalan pertanian yang canggih, penggunaan teknologi terkini, berautomasi, tanaman dan ternakannya sihat-sihat belaka dan geram melihatnya, kawasannya bersih, cantik dan menarik dan lain-lain yang best-best tentunya.

Itu semua bayangan dan mimpi kami.

Apabila sampai, apa yang kami lihat hanyalah lot-lot pertanian yang diusahakan oleh peserta-peserta. Ada dah bertanam, ada yang masih semak, ada terdapat bahan-bahan dan peralatan yang tunggang langgang, dan lain-lain yang sanggggatttttt... jauh daripada apa yang kami bayangkan dan impikan.

Kami tinggalkan tapak Projek Pertanian Moden itu bersama impian yang tak menjadi kenyataan. Terus terang kami katakan, kami sungguh kecewa.

2 comments:

  1. apa yang awak lihat itu sungguh hairan kepada saya, kerana berita ini

    {{
    December 02, 2008 16:01 PM

    Projek Pertanian Moden Ayer Hitam Keluar Hasil RM26.1 Juta Sejak Januari


    JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, dekat Kluang, mengeluarkan hasil berjumlah RM26.1 juta dari Januari hingga September tahun ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Abdul Aziz Kaprawi berkata hasil itu terdiri sayur-sayuran sebanyak 45 tan sebulan, pisang (60 tan sebulan), ternakan dan daging segar (90 tan sebulan), susu segar (45,000 liter sebulan), buah-buahan (113 tan sebulan) dan ubi kayu (115 tan sebulan).

    }}
    dari url
    http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=375747&cat=sl

    ReplyDelete
  2. lagipun satu lagi berita di bawah juga menyerta berital yang sama

    {{
    Projek Pertanian Moden Ayer Hitam Keluarkan Hasil RM4 Juta Sebulan

    KLUANG, 14 Ogos (Bernama) -- Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini yang diusahakan sejak tiga tahun lepas kini mampu mengeluarkan hasil sebanyak RM4 juta sebulan.

    Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Sharudin Salleh berkata dengan keluasan 2,000 hektar dan peruntukan RM100 juta oleh kerajaan bagi membangunkan projek berkenaan, kawasan itu kini berjaya membangun sebagai pusat pengeluaran hasil pertanian yang pesat.

    "Kesemua hasil yang dikeluarkan itu adalah hasil tanaman dan ternakan oleh 29 pengusaha swasta ketika ini," katanya ketika berucap semasa melawat kawasan tanaman Nangka, Limau Nipis Tanpa Biji dan Limau Kasturi milik syarikat Kawan Pertanian Sdn Bhd, di Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini hari ini.
    }}

    dari URL
    http://web6.bernama.com/client/fama/newsbm.php?lang=&id=279175

    ReplyDelete