Tuesday 21 May 2013

TUAI HASIL ROCKMELON


Seorang usahawan bakal bergelar ‘orang kaya baru’ apabila projek tanaman Rock Melon Perak Gold diusahakannya di Sungai Galah, Tanjung Tualang, di sini, menjanjikan pendapatan lumayan mencecah jutaan ringgit. Pengurus Kanan Projek Ladang Integrasi Sosial dan Agrotourism, Abdullah Zawawi Saat, berkata rock melon itu akan dieksport ke luar negara.

Beliau berkata, tanaman itu diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

"Projek itu membolehkan kami membina 10 Rumah Hijau untuk menghasilkan buah berkualiti tinggi untuk pasaran luar negara,” katanya. 

Lebih menarik, ladang Rock Melon itu diiktiraf yang terbesar menghasilkan tanaman jenis itu di negara ini. Menurutnya, penanaman Rock Melon diusahakan di tanah seluas lima hektar sejak Ogos 2011.

“Saya mendapat bantuan daripada PPNPN dan rock melon itu mendapat permintaan tinggi di luar negara terutama Singapura, Taiwan dan Dubai. Harga buah ini boleh mencecah RM12.49 sekilogram di luar negara,” katanya selepas Majlis Pelancaran Projek Ladang Integrasi Sosial dan Agrotourism, di sini.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Turut hadir, Ketua pegawai Eksekutif PPPNP, Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Katanya, tanaman itu akan dieksport ke luar negara dengan bantuan Perak Agro Corporation Sdn Bhd.

Menurutnya, setiap Rumah Hijau mampu menghasilkan kira-kira 16 tan metrik rock melon dengan harga pasaran RM72,000 setiap tan.

Sementara itu, Dr Zambry berkata, sektor pertanian dapat meningkatkan pendapatan lumayan kepada petani moden.

Menurutnya, projek usaha sama PPPNP di Sungai Galah itu mampu mencapai matlamat dalam melahirkan usahawan tani, pembekal dan peraih, selain dapat membekalkan produk makanan segar ke pasaran.

Sumber:  Harian Metro

3 comments:

  1. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729

    ReplyDelete
  2. mcm mana nk kasi buah melon kita besar?

    ReplyDelete
  3. aasasalamuakaikum...saya baru nak mula tanam rockmelon di air kuning kampar perak.boleh ke dapatkan no tel tuan utk sebarang kemuskilan dll.tel saya 01113227855.sekian assalamualaikum.

    ReplyDelete