Monday 8 February 2010

PAGI AHAD DI KEBUN FERTIGASI ROCKMELON

Semalam hari Ahad. Hari cuti hujung minggu. Kami tiga beranak menggunakan pagi hari cuti itu untuk membereskan kerja-kerja yang yang belum selesai di kebun fertigasi. Banyak kerja yang nak dilakukan. Tapi sebelum itu, kami bersarapan roti canai yang dibeli di Warung Usop. Makan di bawah pokok di kebun. Oleh kerana suasana yang berbeza, selera pun ada. Habis dua keping roti canai jadi santapan saya.

Selepas itu kami berbahagi kerja. Orang rumah dan Adik membalut putik-putik buah dengan surat khabar manakala saya mencantas sulur-sulur yang tidak dikehendaki. Selepas itu kami menyapu dan membersihkan kawasan RPH. Barulah nampak berseri. Lebih kurang pukul 12 tengahari semua kerja-kerja yang kami rancang dan buat dah siap.

Untuk 4 minggui seterusnya kuranglah kerja-kerja di kebun ini. Kami cuma memastikan aliran larutan baja berjalan dengan baik. Kerja-kerja menyembur racun serangga dan foliar biasanya saya buat seminggu sekali iaitu pada petang Sabtu.


Roti canai dah terhidang di meja.

Sulur-sulur dicantas, dukumpul dan dibuang.

Kawasan RPH dibersihkan.

Buah rockmelon dibungkus dengan surat khabar.

1 comment:

  1. salam tuan,
    Sy ni berminat nak buat tanaman rock melon ni. Nak dpt info dari taun, boleh yer…

    1. brp luas kawasan tnaman tuan?
    2. brp modal permulaan yg dprlukan?
    3. brp income utk keluasan tanaman tu?
    4. bley tak sya nk melawat tmpat tuan

    tqvm...

    ReplyDelete