Penanaman menggunakan kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah
perkara baru bagi golongan petani tempatan. Teknologi tersebut terbukti
memberi anjakan baru kepada bidang pertanian dan mendapat sambutan
memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah
konvensional lain.
Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang
yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg
plastik berisi medium dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan.
Sesuai dengan namanya fertigation digabungkan dengan pengairan iaitu irrigation dan pembajaan iaitu fertilizer yang disalurkan serentak kepada tanaman khususnya yang bernilai tinggi seperti rock melon dan tomato.
Melihat fertigasi sebagai kaedah yang mampu memberi keuntungan
Shahrom Tumiran, 43, bertekad mengambil risiko dan menceburi bidang
tanaman itu demi mendapatkan hasil berkualiti serta meningkatkan
pencapaian dalam bidang pertanian.
Menurut anak kelahiran Bukit Kapar, Klang itu, memilih untuk bertukar
dari tanaman menggunakan kaedah konvensional kepada fertigasi sejak
2006 ternyata tidak sia-sia apabila hasil tanaman serta keuntungan yang
diperoleh berlipat kali ganda.
"Ketika masih menggunakan kaedah konvensional dahulu, saya sering
berhadapan dengan masalah terutama dari aspek kawalan baja serta
serangan rumput-rumpai. Namun, apabila menggunakan kaedah fertigasi ia mampu mengatasi
masalah tersebut menerusi penggunaan baja yang dikawal dalam beg poli
selain buah yang terhasil lebih bernilai tinggi kerana ditanam dan
dikendalikan secara sistematik," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada majlis penuaian buah
fertigasi rock melon di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gombak dan
Petaling baru-baru ini yang dihadiri Pengerusi Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP), Datuk Zainal Dahalan.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu sebelum ini pernah bekerja di sektor
perkilangan selama tujuh tahun dan mempunyai lesen kontraktor kelas F
sebelum menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Dia kini sedang membangunkan tanaman rock melon varieti Glamour di
atas tanah seluas 1.8 ekar di Sungai Plong, Kuala Selangor dan telah
berjaya menuai sebanyak 4,700 biji buah tersebut pada 31 Januari lalu.
Menurutnya, kesemua rock melon itu mula ditanam pada 1 Disember dengan mensasarkan pengeluaran sebanyak lapan tan.
Tambahnya lagi, komitmen yang tinggi perlu dipupuk pada peringkat
permulaan ketika baru mula menceburkan diri dalam bidang pertanian
kerana dengan kesungguhan itu, bakal petani dapat menilai sendiri hasil
yang akan diperolehi.
"Asas prinsip itu penting dan yang paling utama kita tidak perlu
cemas atau bimbang untuk menjual hasil tanaman jika ia benar-benar
berkualiti dan menepati ciri-ciri terbaik. Secara langsung juga Jabatan Pertanian akan memberikan bantuan dan
tunjuk ajar kepada petani tentang cara-cara mengusahakan tanaman agar
mengeluarkan produk lebih produktif," ujarnya lagi.
Sementara itu, menurut Zainal, projek tanaman rock melon di PPK
Gombak dan Petaling merupakan projek yang dikembangkan hasil daripada
kejayaan projek tersebut di PPK Klang.
Di kawasan tersebut katanya, seramai 11 orang peladang mengusahakan
tanaman rock melon di kawasan seluas 11 ekar sekali gus mengikat kontrak
perladangan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan
beberapa syarikat pembeli lain.
Mengulas lanjut mengenai projek di PPK Gombak dan Petaling, beliau
berkata, pengusaha telah memperoleh pendapatan lumayan dan menguntungkan
dalam masa tiga pusingan tuaian.
"Kami berharap projek seumpama ini akan diperkembangkan lagi ke
kawasan lain di sekitar PPK Gombak dan Petaling sekali gus dapat
membantu peladang meningkatkan lagi tahap ekonomi dan pendapatan mereka. Justeru, LPP telah meluluskan peruntukkan RM200,000 bagi memperluaskan projek rock melon yang sedia ada. Di samping itu juga diharapkan pengusaha sedia ada dapat membantu
bakal pengusaha yang akan melaksanakan projek tambahan tersebut sekali
gus menjadi mentor kepada mereka dalam memastikan projek ini berjaya,"
ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Sumber: Utusan Malaysia
IO-ONE PLUS
ReplyDeleteBAJA CECAIR MIKRO
Kandungan:
Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.
Kebaikan:
Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.
FUNGSI UTAMA PRODUK
- Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
- Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
- Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
- Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
- Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
- Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan
ELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
1. KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
2. LEBIH MURAH
3. MENJIMATKAN
4. DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
5. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT,SAWAH PADI DLL
CARA SEMBURAN BERKABUS ( UNTUK PENCEGAHAN ; RAWATAN DAUN/BUNGA/BATANG )
*PERINGATAN* cara semburan berkabus ialah 2 kaki dari pokok tanaman dan cara bancuhannya sama seperti jenis-jenis tanaman di atas KAEDAH BANCUHAN SISTEM FERTIGASI ( MODEN )
Untuk media sekam @ sabut sahaja 100% (fertigasi)sukatan ialah 10ml + 4 liter air (3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.5 hingga 2.0 untuk baja cecair mikro bio-oneplus ) Untuk media campuran sekam.sabut,tanah kadar sukatan ialah 10ml + 4 liter air ( 3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.0 hingga 2.0 )
sebarang pertanyaan bolehla hubungi saaya
arif
email: mdaarifent@gmail.com
phone:0124501152
penggunaan baja cecair ini telah digunakan pada tanaman fertigasi dan terbukti berkesan