Hari ni dah tiba masanya kitorang tuai sebahagian buah-buah rockmelon dan muskmelon yang dah masak. Memang dah masak pun...Berbekalkan gunting dan kereta sorong kitorang petik buah-buah itu dari satu pokok ke pokok yang lain. Kami pilih buah yang betuk-betul dah masak. Yang belum cukup masak kami biarkan dulu. Dua atau tiga hari nanti tentu ia masak jua...
Hari ini kitorang tuai cukup-cukup jumlahnya sebagaiman yang diminta oleh pelanggan tetap kami. Ada juga permintaan daripada individu dan rakan-rakan yang dah pernah merasa buah itu yang ingin membelinya. Secara rambang, diorang lebih meminati buah rockmelon (glamour) berbanding buah muskmelon (signal). Sebenarnya muskmelon jenis signal ini kami suka-suka tanam. Saje-saje nak rasa... Buahnya apabila matang berwarna kuning tua. Berbentuk lonjong. Tidak seperti 'golden langkawi' yang dalamnya berwarna putih, muskmelon jenis signal ini dalamnya warna oren muda. Rasa buahnya memang sedap dan manis.
Hujung minggu ini menu santapan kami buah melon. Sarapan dengan buah rockmelon..., makan tengahari dengan buah muskmelon..., minum air jus rockmelon..., minum petang dengan air muskmelon..., cuci mulut makan malam dengan buah rockmelon dan muskmelon... almaklumlah kan kami ni tokeh rockmelon... hehehe....
No comments:
Post a Comment