Pada hari yang ke37, apakah yang berlaku pada tanaman rockmelon kami? Ternyata foto-foto di bawah ini memberi jawapan kepada soalan itu. Itu yang selalu terjadi pada tanaman kami. Bagi penanam lain, mungkin keadaannya berbeza.
1. Batang rockmelon menjalar mendatar pada dawai penyangkut di atas kepala, bukannya menaik pada tali lanjaran. Di sepanjang dawai penyangkut itu kami lilitkan batang-batang ini mendatar. Pucuk daun ke 28 di hujung batang ini kami potong.
2. Batang dan daun membesar. Daun bertambah lebar. Ia terus melebar. Bukannnya selebar tapak tangan orang dewasa bahkan lebih besar daripada dua tapak tangan orang dewasa. Daun yang kecil memberi impak bahawa buahnya juga kecil. Ini bersangkutan dengan proses fotosintesis.
3. Buah juga dah mula membesar. Pembesaran yang baik ialah apabila ia membesar seimbang diantara buah-buah pada satu pokok. Jika pada satu pokok terdapat dua biji buah dimana sebiji lebih besar daripada yang satu lagi, dinasihati buah yang kecil itu dibuang saja.
4. Kami juga ada menanam melon jenis 'Golden Langkawi' pada musim yang sama. Sesaje suka-suka. Ada orang kata, 'Golden Langkawi' ini lebih sedap daripada rockmelon jenis 'Glamour'. Pada usia begini bulu pada putik buah dah mula menghilang. Kulit dah mula licin. Warnanya pun mula menguning...
5. Saiz pokok memang dah tinggi. Kalau diukur dari pangkal hingga ke pucuk, ketinggiannya dianggarkan 10 kaki. Biasanya pucuk paling hujung akan dibuang iaitu pada daun antara daun ke 25 hingga daun ke 30. Mengapa? Pokok yang mabuk daun buahnya taklah besar.
No comments:
Post a Comment