Tuesday, 14 August 2012

YANG BERLAKU PADA TANAMAN ROCKMELON PADA HARI YANG KE 37

Pada hari yang ke37, apakah yang berlaku pada tanaman rockmelon kami? Ternyata foto-foto di bawah ini memberi jawapan kepada soalan itu. Itu yang selalu terjadi pada tanaman kami. Bagi penanam lain, mungkin keadaannya berbeza.

1.  Batang rockmelon menjalar mendatar pada dawai penyangkut di atas kepala, bukannya menaik pada tali lanjaran.  Di sepanjang dawai penyangkut itu kami lilitkan batang-batang ini mendatar. Pucuk daun ke 28 di hujung batang ini kami potong.





2.  Batang dan daun membesar. Daun bertambah lebar. Ia terus melebar. Bukannnya selebar tapak tangan orang dewasa bahkan lebih besar daripada dua tapak tangan orang dewasa. Daun yang kecil memberi impak bahawa buahnya juga kecil. Ini bersangkutan dengan proses fotosintesis.




3.  Buah juga dah mula membesar. Pembesaran yang baik ialah apabila ia membesar seimbang diantara buah-buah pada satu pokok. Jika pada satu pokok terdapat dua biji buah dimana sebiji lebih besar daripada yang satu lagi, dinasihati buah yang kecil itu dibuang saja.




4.  Kami juga ada menanam melon jenis 'Golden Langkawi' pada musim yang sama. Sesaje suka-suka. Ada orang kata, 'Golden Langkawi' ini lebih sedap daripada rockmelon jenis 'Glamour'. Pada usia begini bulu pada putik buah dah mula menghilang. Kulit dah mula licin. Warnanya pun mula menguning...




5.  Saiz pokok memang dah tinggi. Kalau diukur dari pangkal hingga ke pucuk, ketinggiannya dianggarkan 10 kaki. Biasanya pucuk paling hujung akan dibuang iaitu pada daun antara daun ke 25 hingga daun ke 30. Mengapa? Pokok yang mabuk daun buahnya taklah besar.


Sunday, 29 July 2012

Dah besar dah...pokok rockmelon kami...

Ohh...rupa-rupanya dah besar dah pokok rockmelon tanaman kami. Hari ini dah 21 hari usia beliau-beliau. Patutlah dah mula nampak bunga-bunga jantan menjelmakan diri melaram di batang-batang pokok. Selepas ini tentunya kami sibuk pula buat kerja 'mengkahwinkan' bunga-bunga jantan dan betina itu. Pada usia 25 hingga 35 hari, waktu inilah bunga-bunga jantan dan betina banyak keluar. Bertambah sibuklah kami untuk menguruskan perkahwinan diorang.






Sunday, 8 July 2012

TANAM ROCKMELON LAGI...

Tanam lagi...itulah kerja kami. Setelah bercuti selama hampir tiga bulan, kami tanam lagi  rockmelon. Selama percutian itu terasa hari-hari yang dilalui seperti bertambah panjang, tidak ada kerja, tak ada aktiviti memenuhi masa lapang. Apabila balik ke rumah dari kerja, kitorang hanya rirek-rilek saja. Badan rasa sakit-sakit kerna tak ada kerja sampingan yang khusus dan berfokus.

Pada pagi tadi, kami turun ke SPH untuk menanam anak-anak pokok rockmelon dalam polibeg.  Badan dibasahi peluh. Peluh mengalir dari dahi ke seluruh badan. Cuaca sangat panasss walaupun jam menunjukkan ke angka 9.00 pagi. Setelah siap menanam, kami spray pangkal anak pokok dengan racun kulat 'previcur'. Badan keletihan... barulah ada makna cuti hujung minggu pada hari ini.



Spray pangkal pokok dengan racun kulat 'previcur'.
 

...dah siap tanam...


...dah berusia 10 hari...


Ya Alllah...semoga tumbuh subur tanamanku ini...

Friday, 13 April 2012

CARA MENGETAHUI BUAH ROCKMELON DAH CUKUP MATANG

Bagaimana nak tahu buah rockmelon betul-betul matang? Maksud buah 'betul-betul matang' dan 'buah dah matang' mungkin berlainan bagi pekebun. Buah 'betul-betul matang' ialah apabila buah dah cukup matang untuk kita makan sendiri. 'Buah dah matang' ialah buah yang dah matang dan sesuai untuk dijual. Buah betul-betul matang bagi rockmelon biasanya pada hari ke70 hingga hari ke75 atau apabila daun pada buah dah kering dan pokoknya pun dah layu. Apabila di belah, lapisan kulitnya nipis. Manakala buah matang biasanya pada hari ke 65 hingga hari ke70. Ia sesuai untuk dijual.

Ini adalah buah rockmelon pada hari ke75. Warna bahagian dalam betul-betul oren dan rasa buahnya cukup manis namun kurang 'crunchy'.







Tuesday, 3 April 2012

JUAL ROCKMELON KEPADA FAMA

Petang ini FAMA datang ambil buah rockmelon yang dituai untuk dipasarkan. Kali ini kami tuai buah-buah itu dalam jumlah yang banyak. Terdapat juga buah-buah yang belum matang secukupnya (matang tak serentak). Buah yang dah dituai itu kami kumpulkan dan gredkan mengikut standard FAMA. Tuaian pada kali ini banyak yang bergred A dan gred B. Semua buah yang kami jual pada FAMA bergred A dan gred B. Penat juga apabila kerja-kerja menuai, mengumpul dan menggred, kami lakukan berdua suami isteri...





Sunday, 1 April 2012

'HARVEST' BUAH ROCKMELON - HOBI YANG BERBALOI

Pagi ini kami berdua menuai buah-buah rockmelon yang dah matang. Tidak kesemuanya matang serentak. Mana-mana yang dah cukup umur kami tuai dan mana-mana yang belum cukup umur kami biarkan beberapa hari lagi. Banyak juga yang kami tuai. Dah habis tuai kami masukkan dalam kereta dan terus jual kepada penjual buah-buahan di bandar Pontian. Dapatlah RM cash...Syukur...hobi yang berbaloi.










Friday, 30 March 2012

PENGETUA, GURU-GURU DAN MURID-MURID SMK SRI TANJUNG MELAWAT PROJEK FERTIGASI KAMI

Pagi ini rombongan pengetua, guru-guru dan murid-murid pendidikan khas SMK Sri Tanjung berkunjung ke projek fertigasi kami. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk melawat, meninjau dan belajar mengenai penanaman secara fertigasi khususnya tanaman buah rockmelon. Kami berusaha memberi taklimat, maklumat dan melayan rombongan tersebut dengan harapan mereka dapat memahami dengan lebih jelas mengenai penanaman secara fertigasi.






Thursday, 8 March 2012

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG...

petang tadi projek kami didatangi oleh pegawai dari MARDI Pontian iaitu En. Ismail Tukachil bersama En. Yaakob dari Pejabat Pertanian Pontian. Tujuan kedatangan mereka ialah untuk memantau dan membuat diognostik mengenai penyakit pokok rockmelon yang kami tanam. Terdapat lebih kurang 50 pokok yang menghadapi penyakit daun berurat dan seterusnya melecuh. En. Ismail Tukachil yang menguji pH media, pH air paip dan pH larutan baja membuat kesimpulan bahawa penyakit ini berpunca daripada pH media yang terlalu berasid (pH < 3) sedangkan pH larutan baja disekitar 5.8. Cadangan beliau ialah campurkan sedikit Photasium Hidroksida dalam air lautan bagi meningkatkan alkali dan mengurangkan keasidan media. Semoga masalah penyakit ini dapat diatasi.






Thursday, 1 March 2012

PEMANTAUAN OLEH PEGAWAI FAMA NEGERI JOHOR KE PROJEK FERTIGASI KAMI

Hari ini En. Farid Bin Abu, Pegawai Penyelarasan Landang Kontrak FAMA Negeri Johor melawat dan memantau projek fertigasi kami. Beliau diiringi oleh pegawai FAMA Daerah Pontian, pegawai Pejabat Pertanian Pontian, pegawai MARDI, dan pegawai-pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan. Kami adalah peserta ladang Kontrak FAMA. Pemantauan lebih kepada penyampaian maklumat penanaman dan maklumat penyakit tanaman kami. En. Azman Jalaluddin dari MARDI memberi maklumat mengenai kaedah mengatasi penyakit tanaman yang kami hadapi. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas lawatan ini.





 

Saturday, 25 February 2012

POKOK ROCKMELON DAH MULA BERBUAH...

Pagi ini niat kami sekeluarga nak berkelah di Hutan Rekreasi Sungai Bantang, Bekok, Segamat terpaksa kami batalkan apabila buah-buah rockmelon yang kami tanam dah mula membesar. Tiga hari lepas belum nampak lagi... cuma putik kecil. Banyak kerja yang perlu dilakukan apabila buah dah mula membesar. Sulur-sulur di hujung buah dan sulur-sulur lain yang tidak berkenaan perlu dibuang, dan pangkal pokok mesti dibersihkan. Lepas ini buah perlu dibungkus bagi mengelakkan ia dikerjakan oleh lalat buah. Maklumlah, projek kecil-kecilan, tak mampu nak pasang kelambu di sekeliling SPH. Jadi pagi ini kami berkelah di kebun kecil kami... kebun rockmelon.