Wednesday, 25 January 2012

MEMINDAHKAN ANAK BENIH ROCKMELON KE DALAM POLIBEG

Hari ini kami memindahkan anak benih rockmelon yang dah besar ke polibeg. Syahmi, anak yang sedang bercuti belajar di Kolej Matrikulasi MARA Kuala Nerang banyak membantu sepanjang hari. Usia anak benih baru sembilan hari. Pada kebiasaannya kami buat pemindahan setelah usia anak pokok 10 hari. Pada hari yang kesebelas baru kami pindahkan. Namun demikian ada rakan yang memindahkan anak benih rockmelon pada hari yang ketujuh (memang handal betul...)

Sebelum itu, iaitu selama tiga hari sebelum kerja pemindahan, kami alirkan larutan baja ke medium di polibeg. ECnya ialah 1.6. Aliran selama 5 minit sebanyak tiga kali sehari bertujuan untuk membasahkan keseluruhan medium 'cocopeat' dengan larutan baja.

Selepas selesai kerja-kerja pemindahan, kami sembur di pangkal batang (akar) dengan racun kulat khas untuk akar iaitu Previcur (10 - 15 ml Previcur ditambah 10 liter air). Gunakan tong penyembur untuk buat penyemburan di pangkal batang pada medium (cadangan Dr. Mahmud daripada MARDI, dan ia lebih mudah dan berkesan berbanding buat penyiraman guna cawan). Racun kulat ini akan meresap ke medium di sekeliling akar. Inilah usaha untuk mengelakkan kulat pada akar. Kalau kulat dah menyerang akar, ini bermakna musnahlah harapan kita nak nengok pokok tumbuh sihat sejahtera. Lebih baik cegah sebelum terkena. 








2 comments:

  1. Assalamualaikum, tuan saya mohon kebenaran dari tuan untuk share gambar anak pokok rock melon ini ya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, tuan saya mohon kebenaran dari tuan untuk share gambar anak pokok rock melon ini ya?

    ReplyDelete