Sebelum ini saya tak pernah berniaga atau berjualan di tepi jalan! Singgah dan membeli apa-apa juga yang dijual oleh pegerai di tepi jalan memanglah ada. Jadi apabila saya melakukan sendiri berjualan di tepi jalan, maka saya tahu perasaan penjual dan pegerai yang berjualan di tepi jalan iaitu mengharapkan kenderaan berhenti dan membeli jualan kita.
Saya sekeluarga ada mengusahakan projek tanaman buah rockmelon. Projek ini kami jalankan sebagai hobi dan aktiviti kami sekeluarga. Projek dibuat di kawasan rumah di kampung. Selain untuk makan sendiri, yang banyak berlebihan itu kami jual. Jual kepada kawan-kawan, jual kepada orang sekampung, dan jual kepada sesiapa yang berminat. Apabila musim menuai tiba, FAMA akan datang memborong kesemua buah-buah tersebut. Lepas tu tunggu ambil cek.
Secara kebetulan, musim menuai kali ini jatuh pada musim cuti sekolah. Atas cadangan anak saya yang ingin menjual sendiri buah rockmelon itu di tepi jalan, saya belikan sekaki payung besar dan sebuah meja plastik. Alasannya, dia ingin mencari pengalaman susah senang berjualan, berniaga dan mempromosi selain daripada berkomunikasi dengan pelanggan dan pembeli.
Mula-mula kami cari tempat strategik di tepi jalan tetapi bukan di Pontian. Lepas tu dirikan payung dan buka meja. Macam senang aje.... Buah-buah itu kami letakkan di atas meja. Yang selebihnya kami simpan dalam bakul. Pada pendapat kami, elakkan melambakkan buah di atas meja nanti pembeli sangka kami buat jualan lelong atau jualan borong. Sebenarnya masih ramai orang yang belum mengenali buah rockmelon ni. Harga yang kami tetapkan amat berpatutan. Nak bagi orang Johor menikmati buah rockmelon.
InsyaAllah selama dua hari kami berjualan tu, target yang kami harapkan, Allah SWT berikan. Orang ramai berkenderaan yang lalu lalang berhenti di gerai kami, bertanya mengenai buah itu, merasa sedikit potongan buah yang kami hulurkan, dan seterusnya membeli. Tak sangka berjualan di tepi jalan mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Lepaslah kos pengeluaran seperti kos baja fertigasi, kos air, dan kos upah kerja kami. Seronoknyaaa.....
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pembeli yang singgah membeli produk kami. Sokongan tuan-tuan menambah semangat kami untuk meneruskan usaha kami yang tak seberapa ini. Syukur alhamdulillah...
Terima kasih kepada tuan/puan berkongsi pengalaman berfertigasi dari mula hinggalah ke penuaian buah. Rasa puas dan tumpang seronok bila tengok rock melon yang disemai dalam pot dan akhirnya dapat dituai dan dijual.
ReplyDeleteTahniah!
Harap tuan/puan dapat teruskan untuk berkongsi cerita pertanian fertigasi ini khususnya bagi org yg baru nak mencuba fertigasi. Sedikit sebanyak baru nampak cabaran yang perlu ditempuh.
-Rizal-
harizal@gmail.com
Terima kasih Sdr Rizal.
ReplyDeleteKami pun sebenarnya baru belajar. Projek hobi kami sekeluarga...suka-suka dan seronok-seronok. Dapat jual kami jual. Ada juga kami sedekah kepada jiran-jiran sekampung. Dapatlah diorang rasa kelazatan buah ini.
skrg ada jual kt mna ye buah rock melon?
ReplyDelete