Petang ini Jumaat 12 Mac 2010 kami tuai buah-buah rockmelon yang dah matang (dah masak). Hampir kesemuanya matang serentak. Terdapat beberapa pokok yang rosak berpenyakit. Pokok sebegini buahnya tidak menjadi (kecil dan tidak membesar). Purata berat buah ialah 1.4 - 1.5 kg. Banyak juga buah yang beratnya 1.7 - 1.8 kg. Buah yang beratnya lebih 2.0 kg pun ada tetapi tidak banyak (lebih kurang 50 biji, buat makan sendiri). Buah yang beratnya kurang 1.0 kg tak banyak.Buah-buah yang telah dituai kami gredkan mengikut berat (gred A, B dan C). Kami buat kerja menggred pada waktu malam. Lepaskan itu kami asing-asingkan buah tersebut mengikut permintaan pembeli runcit. Yang selebihnya jual secara borong. Tak sangka usaha berkebun sebagai hobi sekeluarga boleh mendatangkan hasil. Alangkah lebih baik jika harga di pasaran buah ini tinggi melambung....perghhh mesti puas hati... Berbudi kepada tanah tak rugi. Adik (Syahmi) sedang memetik buah rockmelon.
Buah-buah rockmelon dikumpul di lorong.
Buah rockmelon dikumpulkan selepas dipetik. 'Adik' memasukkan buah rockmelon ke dalam kereta sorong. Buah rockmelon diangkut dan dikumpulkan.
Kertas surat khabar bekas pembungkus buah rockmelon. Inilah buah rockmelon yang baru dipetik. Freshhh lagiii... Ini juga buah rockmelon hasil usaha kami sekeluarga. Seronok nengoknya...boleh makan terus...
Buah-buah rockmelon yang akan digredkan. Ini adalah sebahagian buah rockmelon yang baru dipetik. Seronok dan bangga apabila penat-lelah berkebun mendatangkan
hasil sebegini.... Kira oklah tu... sebab kami bukannya petani
sepenuh masa... hanya petani sambilan...yang kurang ilmu bertani...