Menurut beliau, walaupun tembikai wangi masih baru diperkenalkan di Perak, namun ia mendapat permintaan yang menggalakkan.Justeru, katanya, projek tanaman buah tersebut akan dikembangkan di kampung-kampung dengan konsep 'satu kampung satu tembikai wangi'.
"Tembikai wangi sebenarnya adalah antara buah eksotik dan mula diperkenalkan di sini (Gerik) pada 2009. Walaupun ia antara produk baru di kawasan ini, namun permintaannya amat menggalakkan.
"Memandangkan pertanian adalah salah satu bidang utama negara kini, saya harap tembikai wangi dapat menjadi salah satu hasil pertanian negara yang dapat dipasarkan di luar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Menuai Tembikai Wangi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerik hari ini. Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, sasaran kini adalah untuk memasarkan tembikai wangi ke negara luar terutamanya Singapura. Pada masa yang sama, katanya, Gerik juga akan dijadikan sebagai pusat sehenti kepada tanaman yang dikategorikan sebagai eksotik. Kedudukan Gerik yang strategik antara laluan timur dan barat, katanya, akan membantu menaikkan prestasinya sebagai kawasan pertanian fertigasi.
"Sebelum ini tanaman roselle adalah antara produk utama di kawasan ini. Pokok ini berasal dari Sudan, Afrika dan boleh ditanam di sini. Tembikai wangi pula berasal dari Belanda dan juga boleh didapati di negara kita. Jika kita mampu menjadi antara pengeluar utamanya, mengapa kita tidak rebut peluang itu kerana buah ini adalah buah yang berprestij tinggi," katanya.
salam.. dimana sy boleh mendapatkan pembekal cocopeat dan sekam padi di area perak?
ReplyDeleteterima kasih
Maaf, di Perak saya tak tahu. Kena tanya orang perak. Kalau kat Johor tahulah saya. Saya hanya gunakan cocopeat.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSaya pemborong/pengedar barang² sistem pengairan, Hubungi saya 0166619649 (MAN)
http://syabasniaga.blogspot.com/