Friday, 30 March 2012

PENGETUA, GURU-GURU DAN MURID-MURID SMK SRI TANJUNG MELAWAT PROJEK FERTIGASI KAMI

Pagi ini rombongan pengetua, guru-guru dan murid-murid pendidikan khas SMK Sri Tanjung berkunjung ke projek fertigasi kami. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk melawat, meninjau dan belajar mengenai penanaman secara fertigasi khususnya tanaman buah rockmelon. Kami berusaha memberi taklimat, maklumat dan melayan rombongan tersebut dengan harapan mereka dapat memahami dengan lebih jelas mengenai penanaman secara fertigasi.






Thursday, 8 March 2012

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG...

petang tadi projek kami didatangi oleh pegawai dari MARDI Pontian iaitu En. Ismail Tukachil bersama En. Yaakob dari Pejabat Pertanian Pontian. Tujuan kedatangan mereka ialah untuk memantau dan membuat diognostik mengenai penyakit pokok rockmelon yang kami tanam. Terdapat lebih kurang 50 pokok yang menghadapi penyakit daun berurat dan seterusnya melecuh. En. Ismail Tukachil yang menguji pH media, pH air paip dan pH larutan baja membuat kesimpulan bahawa penyakit ini berpunca daripada pH media yang terlalu berasid (pH < 3) sedangkan pH larutan baja disekitar 5.8. Cadangan beliau ialah campurkan sedikit Photasium Hidroksida dalam air lautan bagi meningkatkan alkali dan mengurangkan keasidan media. Semoga masalah penyakit ini dapat diatasi.






Thursday, 1 March 2012

PEMANTAUAN OLEH PEGAWAI FAMA NEGERI JOHOR KE PROJEK FERTIGASI KAMI

Hari ini En. Farid Bin Abu, Pegawai Penyelarasan Landang Kontrak FAMA Negeri Johor melawat dan memantau projek fertigasi kami. Beliau diiringi oleh pegawai FAMA Daerah Pontian, pegawai Pejabat Pertanian Pontian, pegawai MARDI, dan pegawai-pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan. Kami adalah peserta ladang Kontrak FAMA. Pemantauan lebih kepada penyampaian maklumat penanaman dan maklumat penyakit tanaman kami. En. Azman Jalaluddin dari MARDI memberi maklumat mengenai kaedah mengatasi penyakit tanaman yang kami hadapi. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas lawatan ini.