Saturday 11 December 2010

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2010

Hari ini kami pergi jalan-jalan ke MITC Melaka dengan tujuan untuk melihat Showcase Satu Daerah Satu Industri 2010. Kami sampai di MITC tepat pukul 10.00 pagi. Masih belum ramai pengunjung dan dalam dewan masih belum sesak.

Dalam showcase SDSI ini banyak benda baru yang kami dapat terutamanya mengenai kekuatan dan produk utama setiap daerah di Malaysia. Produk yang pelbagai itu termasuk 'homestay' yang dipamerkan di booth memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi dengan lebih dekat dengan pengusaha-pengusaha produk.

Beberapa booth negeri-negeri yang selain mempamerkan produk, ada yang mempersembahkan kebudayaan popular sesuatu daerah. Misalnya N. Sembilan mempersembahkan muzik caklempong, Sarawak dengan tarian dan pakaian tradisional dayak, Melaka dengan dondang sayang, dan Terengganu dengan nyanyian mayang diulik. Suasana memang meriah.

Terdapat juga booth yang buat demonstrasi penghasilan sesuatu produk. Kami berminat melihat kerja-kerja menenun dan mengukir kayu. Nampak payah dan memang susah pun. Kena belajar dulu baru boleh buat. Contohnya, sehelai kain tenun Sarawak bersaiz 1 meter mengambil masa dua minggu untuk menyiapkannya dan dijual dengan harga RM250.00. Tak berpadanan dengan tenaga untuk menenunnya.

Pengunjung juga berpeluang membeli-belah produk-produk setiap daerah dengan harga promosi. Sambil menyelam sambil minum air. Sambil memcari maklumat dan melihat kekuatan setiap daerah, sambil membeli-belah produk yang diinginkan.











Wednesday 1 December 2010

MALAYSIA AGRICULTURE, HORTICULTURE & AGROTOURISME INTERNATIONAL SHOW (MAHA) 2010

Pada hari Selasa 31 November 2010 (semalam) kitorang pergi ke MAHA International 2010. Lokasinya sebagaimana yang biasa terletak di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang). Tujuan kitorang pergi ke sana nak tengok-tengok perkembangan pertanian pada masa ini.

Tidak sebagaimana tahun-tahun terdulu, MAHA pada kali ini luar biasa sambutannya. Nak berlenggang-kangkung jalan-jalan di gerai-gerai memang tak boleh. Penuh sesak dengan orang ramai. Nak makan di Agrobazaar pun tak dapat... tak dapat tempat duduk.

Hanya lokasi-lokasi tertentu saja yang dapat kitorang kunjungi. Dewan A, Dewan B, Dewan C dan Dewan D walaupun sesak, kami usaha lawati. Nak tengok rakan-rakan IKS. Macam-macam produk yang di promosikan.   Manakala lokasi luar yang terpaksa menaiki trem, tak cukup masa.... trem kurang sedangkan orang tersangatlah ramai yang menunggu... Kalaulah boleh menaiki basikal di kawasan luar itu... tentu seronok. Masa dapat dijimatkan...

Kitorang suka tengok lokasi ternakan kambing dan lembu. Sihat-sihat nampaknya ternakan itu. Geram nengoknya. Apakan daya orang punya... Selain itu, kitorang suka nengok pavilion negeri-negeri. Masing-masing nak tayang kehebatan produk negeri masing-masing... tapi pavilion negeri Johor juga yang teman nampak lebih hebat. Taman dapur negeri Johor memang hebat...

Satu lagi lokasi yang kitorang suka ialah pameran pemenang-pemenang pertandingan orkid. Wow, memang cantik-cantik orkid yang menang tu... memang bestlah... geram tengok bunga orkid yang berwarna-warni tu...

Lawatan ke MAHA ni memang berbaloi. Dahlah percuma, banyak maklumat yang boleh didapati. Yang kena bayar ialah duit petrol dan duit bayar tollll.... Maklumat mengenai pinjaman pertanian Agrobank memang cukup baik. Manalah tahu suatu hari nanti nak pinjam bank untuk membesarkan projek pertanian.... eewwahhh.. Sesiapa yang belum pergi ke sana, eloklah pergi sekarang. Tarikh akhir pada 5 Disember 2010.